BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, soalan saya seperti berikut;

1) Bolehkah menantu perempuan bersalaman dengan bapa mertua yang merupakan bapa biologi kepada suaminya?

2) Adakah anak tak sah taraf suami boleh bersalaman dengan bapa biologi dan ahli keluarga sebelah bapa biologi & anak² kandung bapa biologinya?

3) Adakah bapa biologi wajib memberi duit untuk menanggung anak biologinya? Adakah betul ianya tidak salah selagi bapa biologi mampu?

Sekian soalan saya. Mohon pencerahan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab petanyaan puan : 

1) Menantu perempuan tidak boleh bersalaman atau bersentuhan dengan bapa biologi suami yang merupakan anak luar nikah, kerana dia bukan mahram kepada perempuan itu.

2) Anak tak sah taraf (suami) boleh bersalaman dengan bapa biologi dan ahli keluarga sebelah bapa biologi yang lelaki kerana mereka ajnabi sesama lelaki. Manakala dengan ahli keluarga sebelah bapa biologi yang perempuan, hukum sama seperti ajnabi yang bukan mahram, maka tidak boleh bersalaman dengan mereka.

3) Menurut jumhur ulama, anak tidak sah taraf, tidak dinasabkan kepada bapa biologinya, maka  bapa biologi itu tidak wajib memberi nafkah ke atas anak tak taraf tersebut. Tanggungjawab menyediakan nafkah asas adalah kembali kepada ibu anak tersebut. Namun, jika bapa biologi berkemampuan, maka ia sangat digalakkan dan hukumnya sunat, dan ia dikira sebagai sedekah, ihsan, tanggungjawab moral serta akhlak mulia.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 82

message user image