BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz/ustazah ..

Saya nak bertanya apakah hukum jika suami dan isteri bersama tetapi isteri masih dalam keadaan tidak suci/uzur ? Dan apa yang perlu suami isteri itu lakukan untuk menebus dosa itu atau ada hukuman ke untuk suami isteri itu jalani atas kekhilafan tersebut ?


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

 

Firman Allah SWT di dalam Surah al-Baqarah, ayat 222:

وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ ۖ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ ٱللَّهُ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٰبِينَ وَيُحِبُّ ٱلْمُتَطَهِّرِينَ

Maksudnya: Dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguh-Nya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.

Ayat al Quran diatas jelas menunjukkan larangan kepada suami dan isteri bersetubuh ketika isteri masih dalam keadaan haid ataupun belum mandi wajib walaupun darah haid sudah berhenti.

Merujuk persoalan yang diajukan,  jika berlaku persetubuhan dalam keadaan haid, Imam Nawawi menyebutkan pandangan dalam mazhab al-Shafie yang masyhur, tidak dikenakan sebarang denda atau kaffarah. Akan tetapi suami dan isteri yang melakukan persetubuhan ketika haid wajib bertaubat dengan taubat nasuha, memohon keampunan kepada Allah SWT, meninggalkan perbuatan tersebut dan berazam tidak akan mengulanginya lagi. Selain itu disarankan untuk memperbanyakkan amal soleh sebagai tanda penyesalan dan taqarrub kepada Allah.

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 33

message user image