BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Isteri saya pernah bertanyakan pada saya, apakah yang membuatkan saya akan melepaskan dia. saya menjawab saya akan melepaskan dia sekiranya dia berlaku curang (ada orang lain). saya menyatakan dengan serius. Kemudian isteri saya mengakui berlaku curang dan saya memang menpunyai niat untuk melepaskan dia sekiranya dia berlaku curang. Mohon pengesahan adakah status kami ini telah jatuh talak ataupun masih lagi suami isteri?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, jawapan saudara iaitu : "saya menjawab saya akan melepaskan dia sekiranya dia berlaku curang (ada orang lain)", boleh dikategorikan sebagai khabari. Maksudnya suami mengkhabarkan atau memaklumkan kepada isteri berkenaan hasrat suami untuk melepaskan isteri sekiranya isteri berlaku curang (ada orang lain) dan isteri telah mengakuinya. Hukumnya tidak jatuh talak dan masih suami isteri yang sah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 77

message user image