BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Sahkah pernikahan saya tanpa wali dgn lelaki mazhab berlainan? 
 

Saya adalah seorang wanita melayu islam dan berstatus janda, baru baru ini saya telah bernikah dengan seorang lelaki warga pakistan secara rahsia di selangor tanpa kehadiran dan pengetahuan wali saya. 
Suami bermazhab hanafi , begitu juga ustaz yg menikahkn kami ( warga pakistan) dan 2 org saksi ( warga pakistan ) dri pihak suami. Tiada saksi dri pihak saya. 
Pernikahan dijalan dengan cara ijab qabul pakistan 

( bertanya adakah setuju bernikah sebnyk 3 kali ) 

dan saya menjawab setuju. 
 

Tapi saya merasa ragu dengan status perkahwinan kerana setelah memberitahu kluarga ( abang saya) 

abang menegaskan nikah adalah tidak sah kerana wali masih hidup dan saya bermazhab syafi'i, walaupun suami hanafi . Dan kami bernikah di malaysia, Selangor . 
 

Soalan saya, adakah nikah kami sah dari sisi agama? Perlukan kami bernikah sekali lagi dengan kehadiran wali saya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menurut mazhab Syafi‘i iaitu mazhab rasmi di Malaysia, pernikahan tersebut adalah tidak sah kerana pernikahan dijalankan tanpa wali yang sah. Puan masih mempunyai wali nasab yang masih hidup dan mempunyai kelayakan untuk menjadi wali kepada pernikahan puan, tetapi puan tidak menggunakan wali tersebut. Ini sebagaimana hadis Nabi SAW daripada Abi Burdah bin Abi Musa daripada bapanya R.A berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW :

لا نكاح إلا بولي

Maksudnya : “Tidak sah nikah kecuali dengan wali.”(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi)

 Oleh yang demikian, puan dan suami puan hendaklah bernikah semula dengan wali yang sah di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran dalam kadar segera.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 82

message user image