BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

Adik lelaki telah berkahwin dengan pasangan pilihan dia, isteri adik lelaki saya ada adik perempuan. Adik ipar saya status janda anak 3 sudah bercerai 1 thun lebih. Saya pula duda sudah bercerai lebih 5 tahun. Pertanyaan saya bolehkah saya sebagai abang menikahi adik ipar .


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan persoalan yang diajukan, perkahwinan yang terbina antara adik lelaki tuan dengan wanita pilihannya tidak mengubah status ajnabi antara tuan dengan keluarga adik ipar tuan. Adapun yang menjadi mahram muaqqat (sementara) dalam situasi ini adalah antara adik lelaki tuan dengan adik-beradik isterinya kerana terdapat larangan untuk berkahwin dengan dua wanita pada masa yang sama yang mana kedua-duanya adalah adik-beradik. Adik ipar tuan dalam situasi ini hanyalah isteri kepada adik lelaki tuan. Adapun hubungan tuan dengan adik-beradik kepada isteri adik tuan tidak dinamakan sebagai ipar sebaliknya hanya dianggap sebagai biras. 

Justeru, pernikahan antara tuan dengan adik kepada isteri adik tuan (biras) adalah dibenarkan dalam Islam.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 92

message user image