BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan/Puan

Saya ingin membuat pertanyaan.

Pada pagi 31 Oktober 2025, ada sedikit pertengkaran berlaku antara saya dan isteri. Melalui pertengkaran itu, saya telah mengeluarkan ayat berikut melalui applikasi 'whatsapp' kepada isteri saya:-

"Abang bagi awak pilihan. Awak nak teruskan ke perhubungan kita ni? Abang serah kepada awak. Awak fikir masak-masak dan maklumkan kepada Abang". Niat saya menyatakan perkara tersebut adalah untuk memberinya pilihan untuk dia membuat keputusan dan saya akan menuruti kehendaknya. Walaubagaimanapun, isteri tidak menjawab nak atau pun tidak pilihan yang saya berikan itu. Dan selepas berbincang baik-baik, kami pon berbaik semula dan semuanya menjadi ok dan pergaduhan Pon selesai.

Walaubagaimanapun, kebetulan pada hari keesokannya (petang 1 November 2025), kami bergaduh semula dan isteri telah minta untuk diceraikan. Walaubagaimanapun, saya tidak melayan permintaannya untuk mengelakkan masalah besar. 

Dan untuk pengetahuan tuan/puan, kini kami berdua telahpun berbaik. Dan kami amat menyayangi perhubungan kami ini.

Walaubagaimanapun, timbul persoalan daripada diri saya, apakah status perkahwinan kami sekarang ini? Adakah insiden yang dinyatakan di atas merupakan perkara yang berkait dengan tafwid Al-Talaq. Apakah jawapan dari sudut syarak berkenaan perkara yang melibatkan saya dan isteri ini.

Saya amat memohon bantuan pihak tuan untuk jawapan kerana kami risau jika kami ada terlanggar hukum syarak yang berkaitan.

Terima kasih tuan/puan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab petanyaan tuan : 

Lafaz suami "Abang bagi awak pilihan. Awak nak teruskan ke perhubungan kita ni? Abang serah kepada awak. Awak fikir masak-masak dan maklumkan kepada Abang" adalah lafaz yang tidak termasuk dalam lafaz talak yang sorih dan ayat itu adalah suatu tawaran kepada isteri untuk membuat pilihan samada ingin meneruskan rumahtangga atau sebaliknya. 

Berkaitan pergaduhan pada 1 November 2025 dan isteri ada meminta cerai. Dari sudut hukum syarat permintaan cerai daripada isteri sahaja tidak menjatuhkan talak dan talak hanya berlaku jika suami melafazkan talak selepas permintaan isteri itu.

Lafaz yang suami ungkapkan itu tidak bermasuk dalam hukum Tafwid al-talaq.Tafwid al-talaq bermaksud : Suami secara jelas menyerahkan hak menjatuhkan talak kepada isteri, seperti: “Aku serahkan talakmu kepada kamu” dan tidak berlaku dalam lafaz yang suami sebutkan itu.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 77

message user image