BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz, saya di sini mempunyai kemusyikilan berkenaan wasiat, ceritanya begini, sewaktu arwah nenek saya masih hidup, dia telah mewasiatkan tanah ke atas nama mak saya dan dan setelah nenek saya meninggal dunia, nama tanah telah bertukar kepada nama mak saya mengikut kehendak dari arwah nenek saya, tetapi sewaktu arwah nenek saya masih hidup, dia ada menyatakan begini, " nanti setelah aku tiada berilah si "A" untuk tinggal di bahagian belakang rumah", itu ucapan nenek saya sewaktu beliau masih hidup, adakah kata-kata tersebut dikira wasiat atau sekadar belas ihsan? Apakah hukumnya ustaz? Si "A" ini merupakan sepupu saya. Semoga ustaz dapat menjawab persoalan ini, terima kasih ustaz. Assalamualaikum


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, ucapan tersebut merupakan wasiat dan perlu dilaksanakan pada kadar tidak melebihi 1/3 harta tersebut. Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Sa’ad Bin Abu Waqqas iaitu:

جَاءَنِي رَسُولُ اللَّهِ ﷺ يَعُودُنِي فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ مِنْ وَجَعٍ اشْتَدَّ بِي، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنِّي قَدْ بَلَغَ بِي مِنَ الْوَجَعِ مَا تَرَى، وَأَنَا ذُو مَالٍ، وَلَا يَرِثُنِي إِلَّا ابْنَةٌ، أَفَأَتَصَدَّقُ بِثُلُثَيْ مَالِي؟ قَالَ: لَا، قُلْتُ: فَالشَّطْرُ؟ قَالَ: لَا، قُلْتُ: فَالثُّلُثُ؟ قَالَ: الثُّلُثُ، وَالثُّلُثُ كَثِيرٌ، إِنَّكَ أَنْ تَذَرَ وَرَثَتَكَ أَغْنِيَاءَ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَذَرَهُمْ عَالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ

Maksudnya: Rasulullah SAW datang menziarahiku ketika Haji Wada‘ kerana aku mengalami sakit yang teruk. Aku berkata: Wahai Rasulullah, aku menderita sakit yang engkau lihat, dan aku memiliki harta yang banyak, sedangkan pewarisku hanya seorang anak perempuan. Bolehkah aku bersedekah dengan dua pertiga hartaku? Baginda menjawab: Tidak. Aku berkata: Separuhnya? Baginda menjawab: Tidak. Aku berkata: Sepertiga? Baginda bersabda: Sepertiga, dan sepertiga itu sudah banyak. Sesungguhnya jika engkau meninggalkan warismu dalam keadaan kaya, itu lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka dalam keadaan miskin, meminta-minta kepada manusia. (Riwayat al-Bukhari)

Saudara juga boleh dapatkan penjelasan lanjut berkenaan wasiat ini dengan merujuk ke kaunter MAIS di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal atau hubungi di talian 019-3830032 / 019-2647637 (Whatsapp).

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 284

message user image