BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt..

1. Suami dan isteri ada bersembang,

Isteri : Kalau saya kena tangkap khalwat/terlanjur macam mana?

Suami : Kalau awak macam tu, abang bagi talak 3 terus.

Soalan saya, adakah lafaz tersebut dikira taklik atau hanya perkhabaran semata-mata? Suami ada cakap, dia tak bertaklik, dia hanya nyatakan tindakan peceraian jika dapati saya melakukan hal tersebut.

2. Jika lafaz diatas adalah taklik, apakah hukum jika tidak ingat langsung perlanggaran taklik berlaku sebelum atau selepas lafaz tersebut kerana sudah lama terjadi.

Mohon penjelasan pihak mufti.

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, ayat suami iaitu: Kalau awak macam tu, abang bagi talak 3 terus, boleh dikategorikan sebagai khabari (perkhabaran) Suami menjawab pertanyaan isteri dengan memaklumkan jika perkara itu berlaku kepada isterinya, maka suami akan menceraikan isteri dengan talak 3 sekaligus. 

Perbualan itu bukanlah taklik. Adalah dinasihatkan agar pasangan suami isteri tidak mempermainkan hal-hal berkaitan perceraian dengan sewenang-wenangnya. Jika ingin mendapatkan penjelasan lanjut boleh hubungi Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal untuk keterangan selanjutnya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 72

message user image