Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Saya bercadang untuk bernikah tahun hadapan. Saya baru kematian ayah dan abang saya merupakan anak tidak saf taraf.Ini bermakna saya kena memohon untuk mendapatkan wali hakim.
Soalan saya, di dalam proses permohonan wali hakim, diminta 2 orang saksi hadir untuk mengesahkan kes saya.
1. Siapa kah orang2 yang boleh menjadi saksi tersebut selain dari ibu kandung serta abang kandung saya?
2. Untuk proses penghantaran borang dan juga permohonan wali hakim, adakah saya wajib hadir atau semua urusan boleh diuruskan oleh bakal suami?
Jawapan
1. Mana-mana orang yang mengetahui tentang status cik sebagai anak tidak sah taraf. Ibu serta abang memadai untuk menjadi saksi status cik.
2. Ya, cik perlu hadir untuk urusan tersebut kerana hanya pemohon yang boleh untuk membuat pendaftaran permohonan wali hakim sama ada di hadapan jurunikah ataupun di Mahkamah Syariah. Walaubagaimanapun, cik boleh merujuk pertanyaan ini ke mana-mana Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran kerana ia adalah di bawah bidangkuasa mereka.
Sekian terima kasih