Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz/ustazah, apakah hukumnya solat di depannya ada perabot seperti meja belajar? Bukannya sebagai sutrah tetapi memang kedudukan meja tu lebih sesuai untuk diletakkan di situ. Adakah dibolehkan? Terima kasih
Jawapan
Kewajiban menunaikan solat merupakan perintah agama yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim, tanpa mengira kedudukan atau keadaan, selagimana akalnya masih sihat dan waras.
Merujuk kepada persoalan saudara, solat di hadapan perabot seperti meja belajar adalah dibolehkan dan sah, kerana syarak tidak mensyaratkan kawasan di hadapan orang solat mesti kosong. Selagi perabot tersebut suci, tidak menghalang pergerakan solat, dan bukan untuk dimuliakan, maka solat tetap sah.
Sekian, terima kasih.