BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam, saya nak tanya. Kami ada ambil anak angkat perempuan, sekarang dah berumur nak masuk 4 bulan. Isteri saya cuba dapatkan susu, tetapi sedikit sahaja keluar dalam 1 ml setiap kali pump. sekarang tgh cuba kumpul. kalau bayi skrg minum 3 onze, saya beri susu ibu 2once dan 1 once susu formula boleh ke ? untuk jadikan mahram kene 5 kali kenyang kan ?


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

 

Merujuk persoalan yang diajukan, bayi  perempuan tersebut sah sebagai anak susuan dan menjadi mahram apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh syarak seperti berikut :-

(i) Bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan dengan yakin;

(ii) Susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi;

(iii) Umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah (hijrah).

Justeru itu, disarankan agar isteri berjumpa dengan doktor atau pengamal perubatan yang berpengalaman dan berdaftar dalam bidang laktasi bagi mendapatkan bimbingan dan panduan lanjut berkaitan penyusuan bayi. Di samping itu, dicadangkan agar isteri berusaha mengumpul susu badan dan memberikannya kepada anak sehingga mencapai lima kali penyusuan secara kenyang.

Hal ini kerana bayi tersebut masih berumur empat bulan dan tempoh penyusuan masih panjang sebelum mencapai umur dua tahun. Oleh itu, sekiranya diusahakan pemberian susu ibu yang dikumpulkan secara berperingkat, ia adalah lebih baik dan sangat digalakkan.

Walau bagaimanapun, mencampurkan susu badan dengan susu formula adalah harus dengan syarat kuantiti susu ibu adalah lebih banyak berbanding susu formula, sebagai contoh nisbah 2:1, iaitu dua bahagian susu ibu dan satu bahagian susu formula. 

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 83

message user image