Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamuaalaikum,
Miinta pencerahan seperti tajuk di atas, ayah tiri sy buat tuduhan berikut dengan datang keadaan yang marah bersuara keras manyatakan pada kami waktu itu di dapur "ha dh berdua pegang tangan ad jadi gak ni korang nk berzina ke(ayatnya kasar lagi)? "
Waktu itu sy memegang tangan ibu sy sambil melutut mohon maaf. Andaikata saya ad buat doasa sedar dan dalam tidak padanya. Tak di ajar pada saya minta maaf dengan mak ayah sekadar macam biasa kita mintak maaf ngan kawan je sudah. Adat melayu dan islam tak mengajar kita biadap bergitu terhadap orang tua dan mak ayah kita terutamanya.
Saya susuli bertekak mulut waktu itu yang ayah tiri saya dah mengarut dan pikir tak logik akal!? Ibu sendiri, anak mana sepanjang hayat ibunta ada x pegang, cium peluk dan gendong ibunya. Dan bila saya tanya dua kali(2) padanya "so sekarang umcle tuduh mama berzina ke macam mana?" Ya katanya dan kalau tak suka cara aku keluar dari rumah ni sekarang(umah mak says)
Soalan saya, memetik dari firman Allah SWT : Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik”. (an-Nuur : 4)
Dalam istilah fikah perlu dengan kadar segera ibu saya pergi ke pejabat agama sah kan talak li'an? Dan dlam pada masa yang mingikut ayat dari firman Allah SWT tadi jagan kamu akui penikahan nya. Tertalak lah ia selamanya kan?
Berlaku 25min tadi tarikh hari ni. Kalau klau boleh segera says anak lelaki akan bawa mak saya kesana dengan segera pagi nanti
Terima kasih.
Jawapan
Menjawab pertanyaan saudara :
Qazaf adalah tuduhan palsu terhadap seseorang bahawa dia melakukan zina tanpa 4 orang saksi. Qazaf adalah tuduhan yang serius kerana ia menlibatkan maruah dan nama baik orang yang dituduh.
Di Selangor, qazaf tertakluk di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 iaitu di dalam Seksyen 36. Menurut Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah Selangor, seseorang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki (atau pengakuan/iqrar yang sah) boleh disabitkan qazaf. Hukuman bagi kes qazaf di Selangor di bawah enakmen jenayah syariah ini adalah denda tidak melebihi RM 5,000, atau penjara tidak lebih daripada 3 tahun, atau kedua-duanya sekali.
Dalam perkahwinan, tuduhan zina oleh suami terhadap isteri boleh membawa kepada proses li‘an (sumpah laknat). Proses pertuduhan berlaku qazaf dan li'an hanya boleh di lakukan di dalam mahkamah.
Oleh yang demikian, pihak saudara boleh merujuk perkara ini ke Mahkamah Syariah bagi mendapatkan penjelasan lanjut dan tindakan yang sewajarnya.
Sekian terima kasih