BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

SIHIR. 

Assamualaikum, saya ingin bertanya soal sihir, dlm bulan ni saya pergi berubat. Orang yang rawat saya kata saya kena sihir pengasih. Dan dia tanya saya nama bekas teman lelaki saya. Dan perawat itu suruh saya rahsia kan. Tetapi sekarang ini saya hendak bertanya lah apa hukumnya jika saya beritahu kawan-kawan saya yang kenal kami berdua. Demi keselamatan saya dan ketenangan saya.

Boleh tak saya cerita semua nya apa yang berlaku dan apa yang saya syak kepada kawan-kawan saya. Saya takut terkena fitnah kerana mainan syaitan, iblis dan jin jika saya silap bercerita kerana saya syak dia. Saya cuma nak tahu hukum dan cara nak beritahu kawan saya supaya saya dan kawan-kawan saya jauhankan diri dari dia. Demi ketenangan dan keselamatan saya walaupun saya tidak pasti 100%.

Saya dok syak bekas teman lelaki saya, sebab lebih dari 8 tahun tak jumpa dan saya masih ingat dekat dia, dan selepas putus dengan dia saya tidak bercinta dengan siapa pun selepas dia. Dan ada sebab lain yang mengukuhkan dia sihir terhadap saya. Adakah jatuh fitnah kepada dia jika saya cerita kepada kawan-kawan saya. Last kami jumpa 2018( convo) , itu pun hanya sekadar bertegur sapa antara kawan kerana kami telah putus dan kami bercinta sebentar sahaja, dan saya minta kekal jadi kawan sebab kami berjauhan dan dia jarang contact saya. Selepas saya rawat dalam minggu ke dua ini saya semakin sedar, yang saya dan dia hanya kawan biasa. Saya tak tahu macam mana saya boleh suka dia, dan saya kebanyakan habis kan masa saya dengan kawan-kawan perempuan saya, kerja dan tidur. Kami berdua kerja & trainee(latihan industri untuk diploma) di tempat yang beza. Apakah kah hukumnya saya bercerita kepada kawan-kawan saya dan tidak kepada emak saya kerana saya tak mahu mak saya risau dan sedih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, memburukkan keperibadian seseorang bukanlah sifat yang mulia di dalam Islam, lebih-lebih lagi sekiranya perkara itu sekadar syak atau sangkaan. Dibimbangi ia boleh membawa kepada perbuatan fitnah yang diharamkan oleh Islam.

Hadis daripada Huzaifah RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

‏ لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ ‏

Maksudnya: "Tidak akan masuk surga orang yang suka mengadu domba (penyebar fitnah)". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Melainkan sekiranya perkara itu telah dipastikan dengan yakin, memberitahu orang tertentu yang mungkin akan mendapat kemudharatan daripada orang tersebut jika tidak dikhabarkan kepadanya, maka ketika itu ia diharuskan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 113

message user image