BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam ustaz. Saya nak tanya, kalau cntoh suami ad berkasar / tampar ketika bergaduh then isteri ad tnya kalau tmpar sekali lgi jatuh talak ke? Then suami jawab kalau tmpar perlahan tk kira kalau tmpar kuat je , adakah sah talak taklik? Dan selepas itu terus sambung perbalahan dan isteri tanya awak betul ke lafaz ni? Suami buntu untuk jawab dan mulai sedar salahnya dan selepas 5-10 minit (selepas lafaz tadi dan masih dalam waktu pergaduhan lagi) ketika itu isteri tanya boleh ke setakat pukul 6pgi ni je dan suami jawab ya sehingga pkul 6pgi sahaja , masa tu pkul 3.30 pgi. Jadi dikira mcm mana ya? Saya nk tnya sah ke lafaz tu and dikira sampai pkul 6 pgi je ke atau macam mana? Dan perlu ke saya ke makhamah syariah? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan puan :

Jawapan atau kata-kata suami seperti yang dinyatakan dibimbangi boleh membawa kepada berlakunya taklik talak. Memandangkan pihak yang berautoriti atau berbidangkuasa di dalam menentukan sesuatu penceraian itu berlaku atau tidak adalah pihak Mahkamah Syariah, maka disyorkan agar perkara ini dirujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap perkara tersebut dalam kadar yang segera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) 2003 di bawah Seksyen 57, memandangkan urusan pengesahan perceraian adalah merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 80

message user image