BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

اَلسَّلامُ عَلَيْكُم , saya ada soalan berkaitan umrah. saya baru balik umrah bersama dengan ibu saya, bulan oktober 2025. soalan saya ; 

1. saya yakin tawaf saya cukup 7 kali pusingan. tetapi masa balik malaysia saya asyik terfikir. berkenaan tawaf saya. adakah tawaf saya sah? 

2. saya telah cukup 7 kali pusingan saie(safa-marwah). ibu saya menaiki wheelchair. cukup 7 kali saie (safa-marwah). semasa saie ibu saya ditolak oleh penolak wheelchair disana. dan last sekali kami patah semula untuk berjumpa di safa. sebab mak saya menggunakan wheelchair. dan keluar melalui safa. adakah saie kami diterima sebab kami keluar di safa? 

saie kami cukup 7 kali. tetapi hanya keluar di safa. 

saya nak bertanya status umrah saya dengan ibu saya. macam mana ye? perlu ke kami mengulang semula umrah? atau perlu membayar dam untuk lepaskan diri daripada ihram? kalau perlu mengulang umrah. kami tidak mampu. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Semoga Puan dan ibu Puan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. Beberapa jawapan bagi persoalan yang diajukan adalah seperti berikut:

1. Apabila puan sudah meyakini bahawa ibadah tawaf yang dilakukan sudah cukup syarat seperti dilakukan sebanyak 7 (tujuh) pusingan, maka keraguan yang datang selepas daripada itu tidak diambil kira. Terdapat kaedah fekah yang ditetapkan oleh para ulama berkaitan perasaan ragu-ragu dalam ibadah, iaitu:

اليَقِينُ لَا يَزُولُ بِالشَّكّ

Maksudnya: Keyakinan tidak hilang disebabkan keraguan.

Oleh itu, apabila puan sudah yakin bahawa tawaf yang dilakukan telah cukup syaratnya, maka keragauan yang datang selepas daripada itu tidak diambil kira. 

2. Antara syarat sah saie, adalah perlu dilakukan sebanyak 7 (tujuh) pusingan bermula dari Safa dan berakhir di Marwah. Apabila seseorang yang sudah melengkapkan 7 kali pusingan saie, maka saie yang dilakukan adalah sah dan perbuatan selepas selesai daripada selesai pusingan terakhir di Marwah bukan lagi sebahagian daripada ibadah saie. Tidak disyaratkan untuk keluar melalui Marwah. Diharuskan untuk keluar melalui mana-mana pintu melalui Safa.

Justeru, tawaf dan saie yang dilakukan adalah sah dan tidak perlu mengulangi semula umrah tersebut atau membayar dam jika rukun dan syarat lain bagi umrah dipenuhi.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 25

message user image