Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum,
Saya ingin bertanya beberapa soalan dan serta ingin kepastian.
1.Saya sudah berkahwin mempunyai 3 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan.Suami saya OKU Fizikal kerana suami saya terlibat dalam kemalangan semasa Konvoi Motosikal.Suami saya hampir Lumpur dari paras pinggang.Setelah menjalani pembedahan dan menjalani fisioterapi di hospital 3 bulan lebih Alhamdulilah suami saya boleh jalan sedikit tetapi suami saya memerlukan bantuan ahli keluarga memimpinnya kerana suami saya tidak tegap untuk berdiri.Sebelum berlakunya kemalangan suami saya mempunyai bengkel motosikal di depan rumah kami yang kawasannya rumah kampung.Setelah kemalangan,bengkel motosikal suami saya agak merosot kerana pergerakan suami saya dari fizikal terbatas.Sarafnya tunjang utamanya mengalami kecederaan.Sekarang 2 orang anak lelaki saya yang berumur dari 17 - 20 tahun membantu suami saya di bengkel.Kedua-dua anak saya sekolah separuh jalan kerana terpaksa membantu ayahnya dibengkel serta mengalas tanggungjawab ayahnya untuk menyara keluarga.Anak perempuan saya yang ke-2 berumur 19 tahun masih belajar peringkat Degree jurusan undang-undang di Universiti College Satio di K.L.Anak saya menerima bantuan dari Zakat Selangor untuk menampung pembiayaan pelajaran.Saya mempunyai anak yang masih sekolah menengah berumur 14 tahun dan sekolah tadika yang berumur 6 tahun .Anak bongsu saya berumur 3 tahun.Saya housewife sebelum suami saya kemalangan saya pernah berkerja sebagai Interior Designer selama 5 tahun dan Cashier di sebuah supermarket hampir setahun.Saya terpaksa berhenti kerja kerana saya perlu menjaga suami saya di hospital 3 bulan serta membawa suami saya check up di hospita dan perlu awasi pergerakannya dirumah.Suami saya pernah beberapa kali jatuh di rumah kerana ingin mencuba berjalan sendiri tanpa bantuan kami sekeluarga.Rezeki kami bergantung pada bengkel suami saya.Kami juga menerima bantuan dari Zakat Selangor atas bantuan rakan-rakannya.Kami pernah mengalami masalah kewangan dan hanya mampu makan Maggie segera untuk mengalas perut
2.Apakah hukum sekiranya ahli keluarganya, tidak menghulurkan bantuan kepada suami saya serta membiarkan suami saya atasi masalahnyasendiri
Jawapan
Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.
Pada dasarnya, ahli keluarga dituntut untuk saling membantu terutamanya terhadap ahli keluarga yang berada dalam kesusahan. Hal ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Abdillah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Mulakanlah dengan dirimu; nafkahkanlah untuk dirimu. Jika ada lebihan, maka nafkahilah ahli keluargamu (isteri dan anak-anak). Jika masih ada lebihan selepas itu, maka berilah kepada kaum kerabatmu (seperti ibu, bapa dan adik-beradik). (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadis ini, jika seseorang mempunyai lebihan harta, maka disunatkan untuk memberi nafkah kepada adik-beradik yang sedang dalam kesusahan. Menurut Imam Ibn Hajar al-Haitami dalam Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj (8/346):
“Dimestikan juga pemberian nafkah kepada ahli keluarga atau kerabat seperti ibu dan bapa (termasuk adik-beradik) [dengan syarat si pemberi berada dalam keadaan senang], kerana ia diberikan atas dasar muwāsah (pemberian hadiah atau bantuan apabila mempunyai lebihan harta). Adapun nafkah kepada isteri adalah lebih utama kerana ia diberikan atas dasar tanggungjawab hasil mu‘āwadah (pemberian sebagai pertukaran hak dan kewajipan).”
Justeru, sekiranya ahil keluarga berkemampuan dan mempunyai lebihan harta, maka dituntut bagi mereka untuk membantu adik-beradik yang berada dalam kesusahan. Malah perbuatan ini sebenarnya termasuk dalam usaha menghubungkan silaturahim sesama ahli keluarga. Namun, jika ahli keluarga tidak berkemampuan atau mempunyai kekangan tertentu, maka dia tidak berdosa sekiranya tidak dapat memberikan bantuan kepada adik-beradiknya yang susah.
Sekian, terima kasih.