Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin bertanya, adakah dibolehkan seseorang menukar lampin (pampers) bayi terlebih dahulu dan memastikan kebersihan diri sebelum melakukan tawaf, serta berada dalam keadaan yakin suci sepanjang pusingan tawaf tersebut? Dalam tempoh tawaf, tiada bau atau kesan najis dirasai. Mohon penjelasan, terima kasih.
Jawapan
Berdasarkan persoalan yang diajukan, menukar pempers bayi sebelum melakukan tawaf adalah dibolehkan. Sekiranya orang yang menukar pampers itu berada dalam keadaan berwuduk dan terkena najis bayi ketika proses tersebut, maka dia hanya perlu membersihkan bahagian yang terkena najis dan boleh terus melakukan tawaf selepas selesa. Justeru, jika tawaf tersebut diyakini dilakukan dalam keadaan berwuduk dan suci daripada sebarang kesan najis, maka sah tawaf tersebut.
Sekian, terima kasih.