Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya ingin tanya tentang kentut ketika solat / ada wudhu
Sebagai permulaan, saya sudah mengalami masalah waswas dalam solat / hal² ibadah selama 1 tahun lebih, saya berusaha untuk mengubatinya tetapi agak susah dan saya masih berasa sukar untuk solat tanpa mengulang bacaan dan tidak rasa aman.
Sejak 1-2 hari ini, setiap kali apabila saya berwudhu saya akan berasa gegaran di perut dan kadang² terasa macam keluar angin (macam buih² di kawasan punggung). Sekiranya tak rasa selepas wudhu, setiap kali apabila saya masuk solat dan apabila saya sama ada rukuk, sujud ataupun duduk antara dua sujud, saya akan berasa seperti buih² di kawasan punggung saya. Saya tidak berapa pasti bahawa ia betul² kentut atau mungkin waswas atau pergerekanan angin di otot dan sbgnya. Saya turut sambung solat tetapi saya selalu terfikir saya kentut ataupun tidak.
Perlakuan ini sudah berlaku untuk setiap 5 waktu solat, dan hanya waktu zohor sahaja yang saya membatal solat dan berwudhu kembali. Saya takut untuk batal solat dan mengulanginya kerana saya akan sukar untuk solat secara bersendirian. Tambahan lagi, perasaan itu berlaku semasa ada wudhu / solat sahaja takdak pun rasa kentut di luarnya. Saya selalunya tiada masalah sakit perut atau apa² pun, dan saya rasanya tiada isu gastrik atau isu kentut tidak boleh dikawal. Jadi saya ada beberapa soalan :
1. Adakah saya patut batalkan solat dan mengulangnya sekiranya saya hadapi masalah ini?
2. Adakah masalah ini membatal wudhu saya?
3. Adakah patut saya tidak layan masalah ini kerana saya berasa seperti waswas dan terus sambung solat?
4. Bagaimana mengatasi masalah was was yang agak teruk dalam solat?
Sekian, terima kasih.
Jawapan
Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.
Masalah yang tuan alami merupakan bentuk waswas (bisikan syaitan) yang sering dialami oleh orang yang berhati-hati dalam menjaga kesucian ibadah. Dari segi hukum, solat tidak perlu dibatalkan selagi mana tuan tidak yakin bahawa angin telah keluar. Kaedah fiqh menyebut:
Maksudnya: Keyakinan tidak hilang dengan keraguan
Sekiranya tuan hanya terasa seperti buih, gegaran, atau pergerakan dalam perut tanpa bunyi atau bau, maka wuduk dan solat saudara masih sah.
Perlu diketahui, penyakit was-was adalah datangnya daripada gangguan syaitan yang direjam. Antara bentuk gangguannya adalah dengan mencampakkan perasaan was-was kepada manusia itu sendiri. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT di dalam Surah An-Nas ayat ke-5:
Maksudnya: Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.
Maka bagi individu yang mengalami masalah was-was dalam ibadah perlu mencari penyelesaian berdasarkan panduan yang telah digariskan oleh para ulama', antaranya:
Perasaan tidak yakin atas sesuatu itu merupakan penyakit was-was pada diri tuan yang perlu dielakkan dan dijauhi bagi menggelakkan permasalahan yang lebih berat kepada diri tuan pada masa akan datang. Para ulama’ amat mengambil berat mengenai penyakit ini kerana jika dibiarkan berlarutan boleh menjadi sesuatu yang lebih kronik kerana ianya penyakit yang berkaitan dengan jantung hati. Orang yang selalu merasa was-was dalam ibadah sehingga melakukannya berulang-ulang kali, atau melayan perasaannya yang sentiasa merasa bebanan was-was hendaklah bertanyakan dirinya sendiri; untuk apa ia lakukan itu semua? Jika ia untuk Allah SWT, maka hendaklah dia tahu bahawa Allah SWT tidak meredhai tindakannya melayan gangguan perasaan atau syaitan yang seperti itu. Layanan kepada perasaan was-was itu hanya mentaati syaitan atau ganggu emosi yang salah bukan mentaati Allah SWT. Untuk itu, perbanyakkanlah Istighfar kepada Allah SWT, mudah-mudahan penyakit ini akan beransur pulih dengan izin-Nya.
Sekian, terima kasih.