BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamu'alaikum, apakah hukum bagi lelaki memakai cincin suasa yang mana kandungan emasnya di bawah 50%? Apakah dalil yang digunakan untuk menyokong? Sekian terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, telah dijelaskan oleh kebanyakan para ulama’ berkenaan pemakaian cincin emas bagi kaum lelaki itu adalah haram. Walaupun cincin tersebut bercampur dengan emas yang sedikit kuantitinya turut tidak boleh dipakai oleh kaum lelaki. Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 23 Ogos 1999 sebulat suara memutuskan bahawa hukum lelaki memakai emas putih adalah haram. Ini kerana emas putih terhasil daripada campuran 2 unsur logam iaitu emas kuning dan perak. Kadar unsur emas yang dicampurkan dengan perak adalah lebih tinggi daripada perak sehingga melebihi daripada 50% dan adakalanya mencecah sehingga 75%. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 79

message user image