BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai hukum memakan makanan yang diberikan oleh non muslim

Saya ada diberikan buah seperti anggur yang telah dibuang tangkai oleh kawan non muslim di dalam bekas makanannya. Adakah haram untuk saya memakan buah tersebut kerana tidak pasti peralatan yang digunakan suci atau tidak?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Diharuskan untuk menerima atau memakan buah-buahan dalam bekas makanan yang dihadiahkan oleh orang bukan Islam. Asal sesuatu adalah suci, melainkan jika terdapat bukti jelas dan pasti menunjukkan terdapatnya najis. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 59

message user image