BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan/puan,

Saya mohon pencerahan mengenai nafkah. Nafkah yang wajib suami sediakan adalah tempat tinggal, makan minum, pakaian & perubatan untuk isteri.

Tetapi suami saya tidak dapat menyediakan tempat tinggal, perubatan & pakaian. suami hanya memberi wang setiap bulan dalam jumlah RM200 - RM400. Bila sy tanya duit yang diberi ini untuk apa, suami hanya cakap ikut lah atau terpulang pada sy nak guna untuk apa. Jadi sy tak tahu adakah duit ini dikira nafkah (makan minum) atau duit belanja.

Soalan saya:-

1. Adakah suami sy telah cuai atau culas dalam tanggungjawab dia memberi nafkah kepada saya.

2. Bolehkah sy memfailkan permohonan di Mahkamah atas kegagalan suami dalam bab nafkah.

 

Jawapan dari pihak tuan/puan amatlah sy hargai dan sy dahului dengan ucapan terima kasih.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

1. Sekiranya jumlah pemberian suami itu telah mencukupi bagi segala kos keperluan asas, maka ia dikira sebagai nafkah. Namun sekiranya tidak mencukupi yang disahkan dan disabitkan oleh Mahkamah Syariah, maka si suami akan dihukumkan sebagai cuai tehadap isterinya. Hal ini berlandaskan firman Allah SWT di dalam surah al-Nisa' ayat 34 :

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ

Maksudnya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.

2. Sila rujuk kepada Bahagian Undang-Undang Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor atau Pejabat Agama Islam Daerah terdekat untuk mendapatkan penjelasan serta maklumat lanjut mengenai hak menuntut fasakh dan proses tuntutan di Mahkamah Syariah.. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 156

message user image