BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan Mufti. 
 

 

Semoga Tuan Mufti & warga mufti Selangor berada fidalam RahmatNya. Saya Haziq disini, ada borang cadangan untuk Tuan mufti pertimbangkan. 
 

Cadangan untuk menghentikan penggunaan microphone speaker system dalam setiap ceramah diantara solat waktu maghrib ke Isyak. 
 

Cadangan ini dikemukan kerana : 

1. Untuk mendapat kusyuk untuk Muslimin & Muslimat untuk Solat bagi yang tidak sempat berjemaah. 
2. Setiap muslimin & muslimat yang masuk ke masjid berhak untuk membuat Amal sendiri seperti berzikir, solat Sunat, beriktikaf secara sendiri. 
3. Dalam cabaran masa kini, ada muslimin & muslimat yang pula g dari kerja untuk beriktikaf Di masjid. 
 

Semoga dengan cadangan ini, pihak mufti dapat pertimbangkan & boleh menarik lagi ramai umat islam untuk datang ke masjid. 
 

 

Terima Kasih. 
Muhammad Haziq 

017-605 3825


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Berhubung cadangan menghentikan penggunaan speaker di kawasan masjid untuk kegunaan selain daripada melaungkan azan adalah selaras dengan ketetapan dan arahan JAIS yang pernah dikeluarkan pada 10 Ogos 2022, iaitu penggunaan pembesar suara luar tidak dibenarkan bagi tujuan ceramah atau kuliah, dan hendaklah dihadkan di dalam ruang masjid atau surau sahaja. Ketetapan ini bertujuan menjaga ketenteraman, kekhusyukan dan adab rumah Allah, agar jemaah yang hadir dapat menunaikan solat, berzikir, beriktikaf dan melakukan ibadah secara individu tanpa gangguan. Dalam konteks semasa, langkah ini juga mengambil kira keperluan sebahagian jemaah yang datang dari tempat kerja untuk mencari ketenangan rohani di masjid. Oleh itu, cadangan tersebut wajar dipertimbangkan kerana ia menepati titah dan dasar sedia ada pihak berkuasa agama demi memelihara maslahat umum serta imej Islam yang harmoni dan beradab.

Sehubungan itu, disarankan kepada tuan untuk melaporkan kegiatan ini kepada pihak Bahagian Pengurusan Masjid JAIS sebagai entiti berautoriti yang menguruskan hal ehwal masjid di negeri Selangor. Bersama-sama ini dilampirkan kenyataan media daripada pihak JAIS berhubung isu ini:

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 26

message user image