Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum saya nak bertanya.
Suami ceritakan kepada saya tentang talak di dalam drama sebab saya tanya begini
Saya : diorang dah cerai ke?
Suami : dah
Saya : bila?
Suami : ada dia cakap "aku ceraikan kau dengan talak satu"
Macam mana situasi ni?
Jawapan
Dalam mensabitkan jatuhnya sesuatu talak, ia perlu memenuhi rukun serta syarat talak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syara'.
Merujuk kenyataan puan dan lafaz suami puan "aku ceraikan kau dengan talak satu" adalah ditujukan kepada situasi di dalam drama dan bukan ditujukan kepada puan, maka ia tidak membawa kepada jatuhnya talak.
Sekian, terima kasih.