Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
saya ingin bertanya, sewaktu saya hiking dan dalam keadaan hujan lebat, ada seekor anjing mengikuti saya. kemudian dia berjalan di depan saya dan memijak lopak air atas tanah di laluan depan saya. oleh sebab tiada laluan lain. saya perlu berjalan melalui lopak air yang sama, yang dipijak oleh anjing tadi. kejadian ini terjadi beberapa kali sepanjang saya hiking hari tersebut. dan kalau anjing itu berjalan terkena daun2 dan pokok tumbang dalam keadaan basah, selepas itu saya tersentuh or terpegang daun2 yang sama. adakah saya perlu sertu kasut dan kaki saya yang terpijak lopak yang sama dengan anjing tersebut, dan juga tersentuh daun yang sama setelah terkena badan anjing tersebut
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, sekiranya nyata terdapatnya ain najis anjing pada kasut atau pakaian semasa melalui laluan yang dilalui oleh anjing tersebut, maka perlu disucikan dengan cara disertu tempat yang terkena najis. Namun, jika tidak kelihatan jelas pada pandangan mata kasar atau hanya sekadar andaian maka ia tidak perlu disertu. Sehubungan itu, jika najis sekadar andaian atau sangkaan sahaja, maka ia kembali kepada kaedah fiqah menyatakan:
Maksudnya: Hukum asal segala sesuatu adalah suci". Ini kerana pada asalnya, hukum sesuatu itu adalah suci sehingga terbukti adanya najis dengan dihadiri salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Kaedah fiqh yang lain juga ada menyatakan bahawa:
Maksudnya: Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan. Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka tidak perlu disertu. Jika tidak dapat dipastikan dan sekadar anggapan atau was-was maka ianya tidak perlu disertu dan hanya perlu dibersihkan seperti biasa sahaja.
Sekian, terima kasih.