BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz

soalan saya adakah sah cerai,sekiranya saya sebut aku ceraikan kau -nama isteri-,dengan niat dan tanpa sedar dan dlm keadaan marah

niat saya ketika itu kalau saya samai rumah,isteri tak siap lagi,aku cerai.

sbb isteri marah² suruh saya balik,nak beli barang


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, dalam mazhab Syafi'i, talak yang dilafazkan secara sarih (jelas, seperti cerai dan talak) dan ditujukan kepada isteri, oleh suami, adalah jatuh meskipun dilafazkan tanpa niat. Pengecualian diletakkan pada enam keadaan;

  1. Orang yang tidur.
  2. Orang yang gila.
  3. Orang yang sabq al-lisan (terlepas cakap).
  4. Dipaksa.
  5. Mabuk bukan kerana maksia.t

Rujuk al-Muʿtamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (4/163-166)

Justeru, jatuh talak jika lafaz yang diucapkan adalah jelas walaupun dalam keadaan marah. Walau bagaimanapun, pihak yang berautoriti dalam mengesahkan suatu lafaz talak atau taklik talak itu sah terletak pada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat atau pengesahan lebih lanjut, sila hubungi Bahagian Undang-undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah atau Mahkamah Rendah Syariah yang berdekatan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 106

message user image