Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum
Saya bekerja sebagai seorg jururawat di sebuah klinik kesihatan dan saya mempunyai kepakaran dalam bidang kaunseling hiv/aids.
Saya semestinya telah sehabis baik untuk menjauhi / terlibat dengan program PreP.
Tetapi apa yang berlaku diluar kuasa saya dimana klinik tempat saya bekerja telah dipilih secara rasmi untuk menjalankan program PreP tersebut.
Selama berkhidmat, saya amat teruja apabila dapat membantu klien2 HiV kembali pulih dan meninggalkan aktiviti tidak bermoral.
Saya sama sekali tidak menyokong sebarang aktiviti tidak bermoral, apatah lagi seks sonsang.
Boleh berikan penjelasan, adakah saya akan menanggung sebarang dosa kerana membekalkan prep kepada klien yang sonsang?
Saya semestinya inginkan keberkatan dalam setiap pekerjaan yang saya lakukan.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa Jabatan Mufti Negeri Selangor telah pun mengeluarkan pandangan hukum mengenai pemberian ubat PrEP untuk tujuan maksiat adalah haram dan dilarang.
Justeru, berdasarkan hukum yang telah dikongsikan, maka perlulah berusaha sedaya upaya untuk tidak membekalkan ubat PrEP kepada golongan HIV yang masih mengamalkan gejala songsang. Dalam masa yang sama, sebagai usaha membantu pesakit HIV untuk kembali pulih dan meninggalkan aktiviti tidak bermoral, maka bimbingan/kaunseling perlu diberikan sebaiknya kepada mereka.
Bersama ini dilampirkan link berkaitan Hukum Pemberian dan Pengambilan Ubat PrEP Bagi Tujuan Pencegahan Penyakit Human Immunodeficiency Virus HIV untuk perhatian lanjut.
https://www.muftiselangor.gov.my/2025/09/08/hukum-pemberian-dan-pengambilan-ubat-pre-exposure-prophylaxis-prep-bagi-tujuan-pencegahan-penyakit-human-immunodeficiency-virus-hiv/
Sekian, terima kasih.