Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,sy nk tnya kalau seorang suami bg ugutan berbunyi"kalau kau bt mcm ni lg,aku ceraikan kau"..adakah jatuh talak?
Jawapan
Menjawab soalan yang diajukan, ucapan suami kepada isteri: “Kalau kau buat macam ni lagi, aku ceraikan kau.” berbentuk khabari atau perkabaran hasrat berlaku lagi perkara yang sama, maka suami akan menceraikan isterinya. Seandainya isteri melakukan perkara yang sama kemudiannya, maka suami perlu melafazkan ucapan talak kepada isterinya untuk dikira jatuhnya talak.
Walau bagaimanapun, pihak yang berautoriti dalam mengesahkan suatu lafaz talak atau taklik talak itu sah terletak pada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat atau pengesahan lebih lanjut, tuan boleh menghubungi Bahagian Undang-undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah terdekat.
Sekian, terima kasih.