Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Asalamualaikum
saya ingin betanya
adakah batal puasa ganti saya
sekiranya saya menjawab pada kenalan yang bertanya yang saya berpuasa ganti atau sunat pada hari nie
Saya menjawab puasa sunnat sedangkan puasa yang saya tengah buat pada masa itu ada lah puasa gamti
saya malu nak cakap puasa ganti jadi saya terpaksa menipu puasa sunat
Jawapan
Tuntutan niat merujuk kepada berniat di dalam hati. Niat seseorang itu adalah sah apabila dia sudah meletakkan azam di dalam hati dan fikirannya tentang hakikat puasa tersebut, maka niatnya tersebut adalah sah.
Merujuk soalan yang diajukan, puasa ganti tersebut dikira sah kerana saudari telah mendatangkan azam dan niat puasa ganti di dalam hati. Namun, perbuatan mengatakan ianya puasa sunat adalah dikira menipu dan berdosa. Oleh demikian, dianjurkan untuk memperbanyakkan istighfar agar dosa-dosa diampunkan oleh Allah SWT. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Jika taubat itu dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, insyaAllah dosanya akan diampunkan.
Sekian, terima kasih.