BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya keliru mengenai haid saya. Saya haid pada 24/11/2025 sehingga 6/12/2025. Selepas 10 hari iaitu pada 16/12/2025 keluar lagi darah. Adakah itu darah haid @ istihadah. Sila bantu saya


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara asasnya, sekurang-kurang tempoh suci antara dua haid adalah 15 hari 15 malam dan sebanyak-banyak tempoh haid adalah 15 hari 15 malam. Merujuk kepada persoalan, 24/11/2025 hingga 6/12/2025 (12 hari) merupakan darah haid. Darah yang keluar semula pada 16/12/2025 pada tempoh selepas maksimum haid dan masih dalam tempoh minimum suci 15 hari 15 malam iaitu hari ke 10 suci memerlukan kepada takmilah tuhri (penyempurnaan baki suci). Jadi, darah yang keluar pada tempoh ini dihukumkan sebagai darah istihadhah. 

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 29

message user image