BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamu'alaikum wbt asatizah sekalian ,moga dipermudahkan segala urusan.

Soalan saya. Apa kiraan umum dua qullah seperti (gallon) ,supaya mudah kita tahu satu-satu bekas itu mencukupi dua qullah ataupun tidak, kerana bekas sekarang ada banyak bentuk. Ada bulat, tiga segi dan lain-lain.

Jazakumullahu Khairan Kathira.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Dua qullah (قُلَّة) ialah 500 kati Baghdad, bersamaan 192.857 kg atau 1 ¼ hasta padu.

Sebenarnya sukatan atau kadar air yang dikemukakan oleh ulama berkenaan dengan dua qullah bersifat taqribi bukan tahdidi atau tepat. Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh (1/273) menyebut nilainya seperti berikut:

  1. Dari segi timbangan iaitu 446 3/7 kati Mesir, 81 kati Syam (1 kati Syam bersamaan 2.5 kg. Justeru, 2 qullah bersaman 195.113 kg).
  2. Dari segi sukatan 10 tin (ada pendapat mengatakan 15 tin atau 270 liter).
  3. Dari segi ukuran 1 ¼ hasta segi empat panjang, lebar dan dalam berdasarkan hasta sederhana. Bagi bekas bulat pula seperti telaga 2 hasta dalam dan 1 hasta lebar. Menurut pandapat ulama Hanbali, ukurannya ialah 2 ½ hasta dalam dan 1 hasta lebar. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 24

message user image