Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Saya telah kematian suami pada 10/12/2025 (19 Jamadilakhir 1447).
Tempoh Iddah saya bermula pada 10/12/2025 dan berakhir pada 19/4/2026.
Adakah betul pengiraan iddah saya selama 4bulan dan 10 hari.
terima kasih
Jawapan
Menjawab persoalan puan, pengiraan tempoh iddah puan 4 bulan 10 hari adalah seperti berikut;
19 Jumadal Akhirah 1447
19 Rajab 1447
19 Sya'ban 1447
19 Ramadhan 1447
19 Syawwal 1447
+ 10 hari
iddah.29 Syawwal 1447 = 18 April 2026 (Sabtu) - hari akhir
Sekian, terima kasih