Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Sy hendak bertanya ..sy ada berselisih faham dengan isteri ..dalam waktu yg sama sy hendak pergi bekerja...isteri meminta menghantarnya ke rumah ibu nya atas sebab hendak menolong ibu nya memasak kerana ad kenduri tahlil ..setelah sampai dihadapan rumah ibu nya,kami bertengkar...saya hendak pergi bekerja..dia enggan turun dari kereta,sy dalam keadaan marah terus cakap "2minit dari sekarang kalau tidak turun dari kereta jatuh talak 1" adakah sah cerai tersebut...kerana isteri duduk dlm kereta hampir 10minit....dan keesokan pg nya sy dtg ambil isteri di rumah ibunya....
Jawapan
Menjawab persoalan saudara, lafaz cerai yang diucap oleh suami "2minit dari sekarang kalau tidak turun dari kereta jatuh talak 1" merupakan talak taklik bersifat insya'i (talak berlaku dengan serta-merta), maka apabila berlakunya keadaan sedemikian seperti situasi saudara iaitu lebih daripada 2 minit, boleh berlaku talak kepada isterinya.
Saudara disyorkan agar perkara ini dirujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap perkara tersebut dalam kadar yang segera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) 2003 di bawah Seksyen 57, memandangkan urusan pengesahan lafaz talak adalah merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Sekian, terima kasih