Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
sy seorang ibu 5 orang anak. pakai implan sbg ubat perancang. sepanjang pakai impln haid tak ada. Tapi, dalam 2 arau 3 bulan sekali akan ada darah dalam faraj yang tak mengalir keluar.
(1. )adakah ianya dikira haid? Biasanya kuantiti sikit, sy kena meruang bahagian dalam dan tempoh ada darah dalam 3-4 hari. warna merah pekat dan likat, ada merah cair.
(2) pada waktu ni, boleh ke sy bersihkan dengan meruang dalam faraj. kemudian sy solat?
(3) ATAU adakah say perlu bersihkan dengan meruang serta mandi wajib untuk solat?
(4) ATAU sy tak perlu solat dan tunggu saja sampai betul2 bersih baru saya mandi wajib dan solat? (anggap ianya adalah haid.)
Jawapan
Imam al-Nawawi menukilkan dalam kitab al-Majmu’ Sharh Muhazzab menjelaskan maksud haid ialah:
Maksudnya: Haid ialah darah yang dikeluarkan dari rahim wanita setelah beliau baligh pada waktu-waktu kebiasaan. Istihadhah ialah darah yang mengalir pada waktu-waktu yang lain yang bukan kebiasaan.
Ini menjelaskan bahawa kebiasaan wanita akan mengalami haid pada waktu kemungkinan haid
Secara asasnya, sekurang-kurang darah haid adalah 24 jam atau sehari semalam sama ada darah keluar secara berterusan atau terputus-putus selama 15 hari 15 malam. Merujuk kepada persoalan:
Darah yang keluar tersebut dihukumkan sebagai darah haid jika darah tersebut memenuhi syarat asas haid iaitu cukup 24 jam atau sehari semalam serta menepati sifat darah haid walaupun ia tidak mengalir keluar ke kawasan luar faraj. Keadaan ini, menurut kitab Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj, dikenali sebagai fatrah iaitu keadaan terputus darah mengalir keluar, namun sekiranya dimasukkan kapas ke dalam faraj, kelihatan kesan warna darah pada kapas.
Jika diyakini ia adalah darah haid, tidak perlu menunaikan solat.
Bersihkan seperti biasa dan tidak perlu mandi wajib kerana masih dalam keadaan haid.
Tidak perlu solat dan tunggu sehingga haid berhenti. Ia berdasarkan hadis Nabi SAW daripada Aisyah RA:
Maksudnya: Beberapa orang wanita telah datang menemui Aisyah RA dengan menunjukkan kain yang berisi kapas (yakni yang dimasukkan ke dalam faraj) yang padanya ada kesan kekuningan (kesan darah haid) lalu Aisyah berkata kepada mereka, “Janganlah kamu tergesa-gesa (untuk mandi dan bersolat) sehinggalah kamu melihat warna cecair putih pada kapas yang menunjukkan suci daripada darah haid.”
Sekian. Terima kasih.