BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

 Salam. saya nak bertanya untuk yang mengambil suntikan seperti GLP-1 untuk weight management, bagaimana dengan jadual suntikan semasa bulan ramadhan? Adakah terbatal? kerana GLP-1 adalah bersifat appetite supressant. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Antara perkara yang membatalkan puasa adalah memasukkan dengan sengaja sesuatu objek melalui saluran terbuka (manfaz maftuh) sehingga ke rongga (jauf) seperti mulut, hidung dan dubur. Manakala kulit bukan suatu rongga yang terbuka. 

Terdapat perselisihan pandangan dalam kalangan ulama berkaitan isu mengambil suntikan yang mempunyai nutrisi ketika berpuasa. Kami berpandangan bahawa suntikan yang bernutrisi atau memberi tenaga adalah membatalkan puasa. Ini adalah kerana ia menyamai kesan makan dan minum dengan sengaja. Sebaliknya, suntikan yang tidak bernutrisi seperti ubat-ubatan maka ia tidak membatalkan puasa sama ada suntikan itu ke dalam kulit/ otot atau ke dalam saluran darah kerana ia bukannya rongga.

Merujuk kepada soalan yang diajukan, kami dapati bahawa suntikan Liraglutide bukanlah suntikan yang bernutrisi atau memberi tenaga, maka ia tidak membatalkan puasa.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 59

message user image