Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam saya ingin bertanya adakah perbuatan mengambil harta barang seperti bedak sejuk semasa pernikahan dikaitkan dengan sihir
Jawapan
Pada asasnya, mengambil harta orang lain tanpa izin adalah perbuatan haram dan termasuk dalam kategori mencuri. Hal ini jelas dari sudut syarak kerana harta seseorang dilindungi dan tidak boleh diambil melainkan dengan kerelaan pemiliknya.
Adapun dakwaan bahawa perbuatan tersebut berkaitan dengan sihir, maka hukumnya bergantung kepada niat dan tujuan pelaku. Jika seseorang mengambil barang peribadi mangsa dengan tujuan untuk digunakan dalam amalan sihir, maka perbuatan itu menjadi sihir, dan sihir adalah haram. Namun begitu, niat tersebut tidak boleh dipastikan atau dibuktikan secara yakin melainkan dengan pengakuan pelaku sendiri atau bukti yang jelas.
Maka di samping menjauhi sangkaan tanpa bukti yang jelas, hendaklah memperkukuhkan perlindungan diri dengan doa, zikir serta tawakal kepada Allah SWT.
Sekian, terima kasih.