BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Just want to get some clarification on the following. Been reading up and ada yang kurang faham the konsep. “Nisab adalah kadar jumlah harta minimum yang diwajibkan zakat, iaitu bersamaan 85 gram emas” Q: Assuming gold price per gram is RM170, then 85 gram = RM14,450 Contoh, total asset in a year is RM36,000. So kiraan zakat = 2.5% x RM36,000 Or 2.5% x (RM36k – RM14.45k) Jumpa zakat calculator online: https://www.zakat2u.com.my/kiraan/zakat/pendapatan?gclid=EAIaIQobChMIjO30lqGD4AIVFB4rCh0j5Q0PEAAYASAAEgL8kvD_BwE Kiraan haul/setahun; ada terbaca sebut ikut Islamic calendar (354 days), tapi tgk the calculator, it may also be mayan calendar year (367 days) since the selection is for 2018, 2019.., so Q: Boleh follow mayan calendar year (i.e. Jan-Dec 2018) or MUST follow Islamic calendar (Muharram-Zulhijjah 1439H). Q: Kalau follow Islamic, ada terbaca bayar time Ramadhan, atau boleh bayar bila2 as soon as cukup haul/nisab? Q: Haul dikira dari Muharram to Zulhijjah? Q: Boleh bayar monthly rather than yearly? As long as harta tu dah accounted for in kiraan zakat?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, 1. Kadar kiraan zakat adalah : (timbangan emas x harga emas semasa x 2.5% = Jumlah zakat) 2. Pembayaran zakat boleh dibuat sama ada mengikut kalendar masihi atau hijri. Namun, kadar zakat adalah sebanyak 2.5% berasaskan tahun Qomariah (Hijriah) dan 2.577% berasaskan tahun Masihi. (https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/makluman-umum-kutipan/?lang=en) 3. Zakat boleh dibayar pada bila-bila masa apabila telah cukup syarat-syaratnya kecuali zakat fitrah yang perlu dibayar dalam bulan Ramadhan. 4. Ya, haul dikira dari Muharram ke Zulhijjah atau Januari ke Disember. 5. Sebaiknya zakat dilunaskan sepenuhnya. Namun, boleh dibuat bayaran secara bulanan selagi ianya dalam had zakat yang telah ditetapkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 216

message user image