BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, 1) Jika saya mengelap air mazi atau air wadi atau air mani dengan tisu ataupun kain, kemudian buang pada tong sampah, lalu terdapat semut yang pergi pada tisu tersebut. Apakah semut itu dapat menyebarkan najis jika pergi merata-rata tempat?

2) Apakah kita boleh tanya kepada AI atau google tentang hukum agama islam?

 


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan:

1) Dalam mazhab Syafi‘i, air mani adalah suci, manakala air mazi dan wadi adalah najis. Sekiranya tisu atau kain yang telah digunakan untuk mengelap mazi atau wadi dibuang ke dalam tong sampah dan terdapat pergerakan semut pada tisu tersebut, ia tidak dianggap menyebarkan najis, kecuali dalam keadaan di mana najis tersebut masih basah dan terbukti secara jelas berpindah zatnya (dari segi warna, bau atau sifat) pada semut tersebut, maka semut tersebut boleh menyebarkan najis. Jika najis telah kering atau tiada bukti perpindahan zat najis, maka hukum asal kekal suci dan tidak perlu diambil kira sangkaan-sangkaan yang tidak pasti.

2) Boleh bertanya hukum kepada AI atau Google sebagai rujukan awal, tetapi hukum muktamad hendaklah dirujuk kepada ulama atau pihak yang berautoriti agama dan bertauliah. Ini kerana AI dan Google juga boleh melakukan kesalahan dan kesilapan. Hal ehwal berkaitan hukum agama bukan perkara yang boleh dipandang mudah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 22

message user image