BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Sy ingin bertanya mengenai mandi wajib.kedua2 telinga Sy tindik zaman kecil dahulu dan sudah tertutup lubang (tidak boleh pakai subang dah tetapi nampak jelas lagi tanda bekas lubang tetapi tidak tembus utk pakai subang) dan apabila kita picit akan mengeluarkan seperti jerawat (berwarna putih) dan bagaimana jika sy lupa utk picit kuarkan putih itu sebelum mandi wajib.adakah sah mandi wajib sy.

Terima kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Mandi wajib dari sudut syarak  bermaksud mengalirkan air ke seluruh tubuh dengan niat tertentu atau mengangkat (menghilangkan) hadas besar, seperti mandi junub, mandi kerana selesai haid atau nifas dan sebagainya. Dalam melaksanakan mandi wajib ini, para ulama’ telah menetapkan bahawa rukun bagi mandi wajib hanya tiga, iaitu:

  1. Niat.
  2. Menghilangkan najis dan kotoran yang melekat pada badan dan menghalang air daripada sampai ke kulit.
  3. Meratakan air ke seluruh anggota badan termasuk kulit dan bulu-bulu yang ada di badan.

Merujuk soalan yang diajukan, mandi wajib adalah sah. Tidak memicit lubang pada cuping telinga untuk mengeluarkan sesuatu seperti jerawat tidak membatalkan mandi wajib. Ini kerana ia tidak menghalang air daripada mengenai kulit. Tambahan pula ia bukanlah najis yang perlu dibersihkan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih

 

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 23

message user image