BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Ingin tahu sohih tentang bidadari. Saya selaku suami, isteri selalu tanya adakah dipersiapkan bidadari untuk suami? lalu bagaimana dengan isteri?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, adanya bidadari disediakan kepada orang-orang soleh adalah di antara perkara-perkara indah yang digambarkan dalam kehidupan di syurga kelak. Segala-galanya adalah yang baik-baik dan indah-indah sahaja. Ia juga digambarkan tiada perasaan cemburu atau marah dalam kalangan penghuninya. Demikian juga bagi wanita-wanita solehah dan isteri-isteri solehah, segala kebaikan dan kehidupan yang indah sahaja yang akan dinikmati. Oleh itu, usahlah dirisaukan mengenai kehidupan di sana nanti. Begitu juga adanya bidadari atau bidadara, segalanya adalah kenikmatan yang tersedia bagi orang-orang beriman yang beramal soleh ketika hayatnya di dunia. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 160

message user image