BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Admin

Ketika mandi wajib Saya mengenakan air kepada Anggota badan dan Saya berniat "Aku Mandi Wajib" banyak kali sepanjang air kena Anggota Badan.. Adakah Sah jika Saya berniat banyak kali kerana dengan cara itu sahaja Saya dapat yakin Saya berniat mandi wajib?? Terima Kasih Admin


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk soalan yang diajukan, mandi wajib tersebut dikira sah dan memadai berniat satu kali sahaja. Niat seseorang itu adalah sah apabila dia sudah meletakkan azam di dalam hati dan fikirannya tentang hakikat mandi wajib tersebut dan telah membezakan dengan perbuatan-perbuatan harian yang lain. 

Niat tempatnya adalah di dalam hati. Adapun lafaz niat  termasuk dalam perbuatan yang dianjurkan oleh syarak (mustahab) dan bukan syarat kepada niat. Imam al-Khatib Syirbini menjelaskan isu ini dengan berkata:

وَينْدب النُّطْق بالمنوي قبيل التَّكْبِير ليساعد اللِّسَان الْقلب وَلِأَنَّهُ أبعد عَن الوسواس

Maksudnya: Disunatkan melafazkan niat sebelum takbir agar lidah dapat membantu hati serta dapat menghindari waswas dengan lebih berkesan. (Al-Iqna’ Fi Hil Alfaz Abi Syuja‘) 

Dalam kes mandi wajib maka memadai niat dilafazkan ketika curahan air kali pertama mengenai tubuh badan, berulang-ulang melafazkan niat tidak menjejaskan mandi wajib tetapi ia menandakan penyakit was-was yang teruk dan ia mesti dirawat.

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 16

message user image