Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
salam tuan/puan. ada pergaduhan antara saya dan suami. suami ada sebut 'dulu sebelum kami kahwin, ada tak peluk, cium bekas kekasih'?'jika ada, jatuh talak 1'. saya terpaksa menipu mengatakan 'tidak pernah' untuk menutup aib dan sayangkan hubungan ini. adakah sudah jatuh talak? terima kasih
Jawapan
Menjawab persoalan puan, ayat suami iaitu : 'dulu sebelum kami kahwin, ada tak peluk, cium bekas kekasih'?'jika ada, jatuh talak 1' merupakan lafaz taklik yang sorih (jelas). Taklik tersebut diikat dengan masa lalu sebelum berkahwin. Walau bagaimanapun keputusan talak adalah di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Justeru, puan boleh kemukakan perkara ini ke Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk pengesahan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.