BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt,

Saya merupakan seorang peminat animasi Jepun. Beberapa tahun lalu, saya menyertai komuniti online (group chat) untuk peminat-peminat animasi berkongsi mengenai minat dan hobi yang berkaitan dengan anime tersebut (contoh lukisan, graphic design, etc). Di sana juga, saya banyak berkenalan dengan peminat animasi dari pelbagai negara. Kebanyakan mereka adalah non-muslim dan sebahagian daripada mereka adalah daripada golongan LGBT. Saya pernah terfikir untuk meninggalkan group chat tersebut kerana sudah lama tidak menonton anime, tapi kenalan saya di komuniti ini telah banyak membantu saya sewaktu saya travel ke negara mereka untuk urusan kerja (cth: beri tips untuk kekal selamat, tempat mencari makanan sesuai, etc). Adakah berdosa sekiranya saya kekal bersahabat dengan mereka, adakah ini dikira 'enabling the sin'? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan situasi yang dijelaskan, berkenalan dan berkawan dengan ahli maksiat atau non-muslim tidak menjadikan seseorang itu berdosa selagi mana tidak meredai kemungkaran yang mereka lakukan. Ini bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri, sabda Rasulullah SAW:

‌مَنْ ‌رَأَى ‌مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya: Sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan (kuasa dan kemampuan). Jika tidak mampu, maka cegahlah dengan lisan. Jika tidak mampu, maka cegahlah dengan hati. Itu adalah selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim)

Bukan itu sahaja, Baginda SAW juga bermuamalah dengan orang bukan Islam di Madinah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 74

message user image