BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanya, terdapat customer memberi projek membuat Pastry. Mereka turut meletakkan syarat pengunaan berus bulu haiwan (Biri-Biri atau Kuda) untuk mendapatkan sapuan telur yang lebih kemas di atas produk Pastry. 

soalan 1- Adakah boleh digunakan bulu haiwan yang halal di makan di dalam premis diiktiraf Halal?

soalan 2- Apakah dokumen sokongan yang perlu kami sediakan bagi menjamin proses pensijilan dan audit berjalan lancar?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Bulu binatang yang halal dimakan seperti unta, lembu, kambing, arnab, ayam dan sebagainya, jika terpisah dari badannya sama ada dicabut, tercabut atau sebagainya ketika binatang itu hidup atau mati kerana disembelih maka adalah ia suci (tidak najis). Firman Allah SWT :

وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنۢ بُيُوتِكُمْ سَكَنًۭا وَجَعَلَ لَكُم مِّن جُلُودِ ٱلْأَنْعَـٰمِ بُيُوتًۭا تَسْتَخِفُّونَهَا يَوْمَ ظَعْنِكُمْ وَيَوْمَ إِقَامَتِكُمْ ۙ وَمِنْ أَصْوَافِهَا وَأَوْبَارِهَا وَأَشْعَارِهَآ أَثَـٰثًۭا وَمَتَـٰعًا إِلَىٰ حِينٍۢ

Maksudnya: Dan (ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, pelbagai perkakas rumah dan perhiasan (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.” (Surah An-Nahl: 80).

Bagi menjawab persoalan yang dikemukakan ingin dinayatakan bahawa penggunaan bulu haiwan yang halal dimakan adalah dibenarkan dan dihukum suci. Perkara ini selaras dengan Perkara 5 (c)  Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 m.s, 22 yang menyatakan bahawa Perlatan dan perkakasan daripada sumber haiwan hendaklah tidak digunakan kecuali yang dikenal pasti status halal seperti penapis air, berus bulu, pinggan mangkuk dan lain-lain.

Untuk persoalan kedua berkaitan keperluan-keperluan dokumentasi dalam permohonan pensijilan halal, anda boleh merujuk dan berurusan dengan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Negeri kerana perkara ini bukan di bawah bidang kuasa Jabatan Mufti Negeri Selangor.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 55

message user image