Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam, saya mempunyai iron wap, setelah menggunakannya buat beberapa ketika, baru saya perasan yang air dalam iron mempunyai semut dlm kuantiti yg agak banyak. Adakah pakaian saya yang digososk menggunakan iron wap ini najis dan perlu dibasuh semula?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, bangkai haiwan kecil yang tidak mengalir darah adalah najis yang dimaafkan apabila berada di dalam air. Justeru, air yang berada dalam seterika wap dan baju yang diseterika adalah suci.
Sekian, terima kasih.