BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

 

Saya ingin membuat pertanyaan. Pada 31 Oktober 2025 (pagi) saya dan isteri selisih faham dan saya telah mengeluarkan ayat melalui Whatsapp seperti berikut "Awk nak teruskan ke hubungan kita ni? Abg serahkan kepada awak. Awak fikirkan masak2 Dan maklumkan ke Abg". Isteri tidak menjawab jawapan tersebut, Dan selepas beberapa jam kami berbaik semula. Semuanya menjadi ok.

 

Pada keesokannya (1 November 2025, petang) kami bergaduh semula. Dan isteri mengeluarkan ayat "ceraikan saya"..

 

Berdasarkan perkara yang dinyatakan di atas, apakah status sebenar perkahwinan kami sekarang? Saya keliru Dan sangat menyayangi hubungan kami ini..

Terima Kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Berdasarkan kepada situasi yang dikemukakan, perbualan dalam aplikasi Whatsapp itu adalah yang persoalan berbentuk pandangan atau pendapat. Suami bertanyakan kepada isteri apa pilihan atau jawapan ke atas persoalan yang diajukan oleh suami. Tiada kaitan dengan lafaz talak dan sebagainya. Selagi suami tidak menceraikan isteri sama ada melalui percakapan atau penulisan maka status perkahwinan masih kekal.

Perselisihan antara pasangan suami isteri boleh diselesaikan dengan keikhlasan, membuang ego masing-masing dan perbincangan secara baik. Sekiranya pergaduhan masih berulang, sila rujuk perkara ini ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal untuk mendapatkan nasihat.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 38

message user image