Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukumnya jika suami mengajak isteri untuk bersetubuh dan Isteri pada waktu itu mahu mandi untuk mengerjakan solat Asar. Adakah ianya berdosa atau tidak kerana menolak pelawaan suami untuk bersama?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, isteri wajib memenuhi tuntutan suami selagi tuntutan suami tidak bercanggah dengan hukum syarak. Adapun, sekiranya waktu solat asar masih panjang, maka berdosa jika isteri menolak permohonan suami. Tetapi sekiranya waktu asar itu sudah hampir tamat, maka tidak berdosa menolak permintaan suami. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.