Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikm wbt tuan, puan.
Saya pernah mengerjakan umrah tahun 2019. Kesilapan umrah pertama saya, saya tak hadir kursus umrah. Saya ada sentuh dinding Kaabah. Saya tak ingat sepenuhnya. Cuma saya tak berapa pasti adakah ianya dibuat setelah saya selesai atau semasa dalam pusingan tawaf.
boleh bantu nasihat apa yang perlu saya lakukan sekarang? Saya baru tahu semasa tawaf, tak boleh sentuh Kaabah selagi belum selesai 7 pusingan.
Jawapan
Berdasarkan persolan yang diajukan, terdapat kaedah fiqh yang boleh dipegang dan diamalkan dalam ibadah seharian, iaitu:
Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan(syak).
Hal ini kerana penetapan hukum tidak boleh didasarkan kepada perkara yang bersifat syak atau andaian semata-mata. Oleh itu, ibadah yang telah dilakukan dikira sah dan tidak perlu diulang.
Sekian, terima kasih.