BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum...saya ada pertanyaan,saya datang haid dandah bersih pada hari ke 8 ( tiada sebarang darah ataunwarna yang keluar) dan hari ke 9 sy tunggu untuk melihat masih adakah lagi haid,dan sy pun sudah cek menggunakan kapas,memang tiada.jadi saya mandi dan solat,selepas itu ada bersama dengan suami pada hari ke 9 di malam hari ,memandangkan memang tiada warna yang ada pada hari ke 9 itu.dan selepas bersama ,ke esukkan harinya pada hari ke 10,ada keluar keputihan sedikit bersama cairan yang berwarna hanya sedikit cair yang tidak pasti itu haid atau keputihan,seakan pink yang sangat cair,keluar pada ke esukan hari ke 10, solat sy semasa sy menunggu dan tiada apa apa itu sah atau tidak?sebab saya ingat sudah bersih, Dan bersama suami itu macam mana? Haram ke? Sebab ikutkan belum lebih dari 15 hari, cuma saya yakin bersih sebab sy sudah pun menunggu sehari,dan memang tiada apa apa darah yg keluar,saya jadi susah hati bila memikirkan soal bersama suami,sebab haram.. dan perlu ke saya puasa 3bulan terus itu? Mohon dapat menjawap pertanyaan sy.. terima kasih diucapkan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara asasnya, tanda suci seseorang wanita daripada haid adalah dengan kering daripada darah iaitu apabila seseorang wanita memasukkan kapas ke dalam farajnya, warna kapas itu bersih setelah dikeluarkan tanpa ada kesan darah dan juga tanpa ada cecair. Dalam kitab al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyah:

‌الطُّهْرُ ‌مِنَ ‌الْحَيْضِ يَتَحَقَّقُ بِأَحَدِ أَمْرَيْنِ، إِمَّا انْقِطَاعِ الدَّمِ، أَوْ رُؤْيَةِ الْقَصَّةِ.

وَالْمَقْصُودُ بِانْقِطَاعِ الدَّمِ الْجَفَافُ بِحَيْثُ تَخْرُجُ الْخِرْقَةُ غَيْرَ مُلَوَّثَةٍ بِدَمٍ، أَوْ كُدْرَةٍ، أَوْ صُفْرَةٍ

Maksudnya: Suci daripada haid itu tercapai dengan salah satu daripada dua perkara iaitu berhenti darah atau melihat ada cecair putih. Dimaksudkan dengan berhenti darah ialah kering daripada darah, iaitu kapas yang dikeluarkan (dari faraj) tidak tercemar dengan darah, warna keruh atau kuning. 

Merujuk kepada persoalan, tindakan puan mandi wajib dan solat pada hari ke 8 dan ke 9 adalah tindakan yang betul kerana telah diyakini darah telah berhenti dan suci daripada haid. Manakala bersama dengan suami adalah tidak menjadi kesalahan dan perbuatan tersebut adalah dimaafkan tanpa dikenakan sebarang kafarah atau denda. Adapun darah cair pink yang keluar semula adalah perkara yang diluar jangkauan manusia dan jika darah tersebut berterusan sehingga tidak melebihi tempoh maksimum haid, kesemua darah tersebut dihukumkan sebagai darah haid dan solat tersebut adalah tidak sah. 

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih. 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 21

message user image