BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Seorang anak perempuan telah dewasa dan akan bernikah tidak lama lagi. Ia tidak pernah dikhitankan. Apa perlu dilakukan. Bolehkah ia meneruskan sahaja kehidupannya?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Bersunat atau khatan merupakan sunnah yang dituntut di dalam Islam. Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda:

الفِطْرَةُ خَمْسٌ: الخِتَانُ، وَالِاسْتِحْدَادُ، وَنتْفُ الإبْطِ، وَتقْلِيمُ الأظْفَارِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ

Maksudnya: Fitrah ada lima perkara: berkhatan, cukur bulu ari-ari, cabut bulu ketiak, potong kuku dan memendekkan misai. (Riwayat al-Bukhari) 

Berdasarkan hadis ini, jelas bahawa khatan merupakan tuntutan bagi lelaki dan wanita. Menurut mazhab Shafi’i, wajib berkhatan apabila kanak-kanak mencapai umur baligh dan perlu dilaksanakan dengan segera. Namun, disunatkan kepada wali/penjaga untuk melaksanakannya ketika kanak-kanak masih kecil kerana itu lebih mengasihinya. Selain itu, menurut Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 pada tahun 2009 telah membincangkan tentang hal khatan wanita ini dan mesyuarat memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib. Namun, sekiranya perihal tersebut boleh membawa kemudaratan pada diri, maka ia perlulah dielakkan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 25

message user image