BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum ustaz, soalan saya berkaitan akikah anak lelaki. Saya berhajat melakukan akikah 2 ekor kambing. Adakah 2 ekor tersebut mesti dilakukan pada hari yang sama. Kerana saya bercadang 1 ekor di Kedah & 1 ekor lagi ditempat lain. Terima kasih ustaz. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, akikah anak lelaki disunatkan dua ekor kambing, namun tidak disyaratkan kedua-duanya dilakukan pada hari atau di tempat yang sama. Oleh itu, menyembelih seekor kambing di Kedah dan seekor lagi di tempat lain, sama ada pada hari yang sama atau hari yang berbeza, adalah dibolehkan dan sah akikahnya, selagi diniatkan untuk anak yang sama dan memenuhi syarat sah sembelihan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 27

message user image